Saturday 4 February 2012

Bidang 1 : Teknik Catan

Catan 
Catan ialah proses menghasilkan seni dengan menggunakan bahan berwarna atau atau cat yang disapu ke atas sesuatu permukaan yang rata. Aktiviti catan membolehkan seseorang menyedari serta dapat merakamkan kesan cahaya pada bentuk, rupa serta susunan yang terdapat pada alam sekitar. Sejarah catan dikatakan bermula pada Zaman Yunani Purba. Gambaran yang dibuat mengisahkan aktiviti keagamaan. Media yang digunakan ialah mozek dan fresco. Pada Zaman Renaissance yang merupakan zaman kemuncak seni lukis di Eropah, media yang digunakan ialah cat minyak, cat air, fresco dan tempera. Pada abad ke-20, muncul satu aliran baharu dalam persembahan catan yang mempersembahkan catan yang mempersembahkan karya seni abstark dan semi abstrak. Di Malaysia, catan mula berkembang sekitar tahun 1930-an. Pelukis yang terkenal ialah Abdullah Ariff dan Yong Mun Sen yang banyak menggunakan media cat air.

 Kronologi Perkembangan Seni Lukis Moden Di Malaysia

Sejarah Catan Di Malaysia.
 Di Malaysia, catan mula berkembang sekitar tahun 1930-an iaitu apabila terciptanya karya – karya awal oleh Abdullah Ariff, Yong Mung Sen, O. Don Peris dan lain – lain. Mereka ini telah diisytiharkan sebagai Bapa Seni Lukis Malaysia ( Yong Mun Sen), Bapa Seni Potret ( Mohd Hoessein Enas) Bapa Seni Batik (Chuah Thean Teng). Yong Mun Sen merupakan pelukis cat air terbaik kerana beliau telah menandingi dari negara penjajah dan orang inggeris amat hairan dengan kebolehannya. Dia juga telah dikatakan sebagai pelukis catan moden pertama di Malaysia. Selain itu lukisan yang dihasilkan oleh Yong Mun Sen kelihatan di seluruh negara tidak seperti pelukis lain seperti Abdullah Ariff dan juga Syed Ahmad Jamal.

 Tahun 1930-an dan 1940-an
Seni halus (lukisan, catan, cetakan, arca dll) bermula pada tahun 1930-an dengan terciptanya catan awal oleh Yong Mun Sen, Abdullah Ariff. Pelukis Malaysia bebas daripada sebarang kongkongan kerana belum terdedah kepada aliran dari barat. Pendedahan hanya tertumpu kepada penghasilan rakan seperjuangan. Karya mereka mentah dan tidak halus kerana tiada bimbingan.

Tahun 1950-an
Awal tahun 1950-an, Malaysia mula mempunyai pelukis yang berkedudukan dan dedikasi seperti Yong Mun Sen, Abdullah Ariff, Cheong Soo Pieng, Khaw Sia. Alam seni halus Malaysia masih suram dan kurang memberangsangkan. Ketibaan Mohammed Hoessein Enas dari Indonesia telah membawa era baru dalam aliran naturalis dengan melukis figura manusia kepada pelukis tempatan.Tay Hooi Keat yang baru pulang dari United Kingdom memperkenalkan asas seni lukis seperti bentuk, garisan, rupa, warna, jalinan dan sebagainya.

Tahun 1960-an
 Era 1960-an dikatakan merupakan penghasilan karya yang matang dari pelukis-pelukis  Malaysia. Pelukis-pelukis bukan sahaja menganut aliran impresionis malah lebih berani dalam aliran ekspresionis, pop, konseptual, op dan lain-lain.

Tahun 1970-an
Pelukis seperti Redza Piyadasa, Sulaiman Haji Esa, Chong Kam Kow, Tan Teong Eng dan Joseph Tan telah menggegarkan dunia seni lukis tempatan dengan ungkapanungkapan yang mencabar.Catan hard-edge yang menegaskan kedataran dan tanpa isyarat yang dipelopor oleh Chong Kam Kow, Tan Teong Eng dan Tong Tuck Kan telah menjadi ikutan. Abdul Latif Mohidin telah menghidupkan pendekatan baru dalam lukisan.Karya catan masa ini mengandungi nilai ikon dengan tegasan monolitik.

 Tahun 1980-an
Awal tahun1980-an mengemukakan bidang kanvas yang lebih luas dan menarik dengan munculnya catan pemandangan yang naïf, sambungan akademik aliran realisme dan karya-karya yang berprinsipkan mitos dan legenda yang kaya di rantau ini. Terdapat juga pelukis yang mendekatkan diri kepada subjek-subjek yang berkaitan dengan keadaan dan peristiwa yang berlaku dalam negara, warisan budaya serantau, sosial dan politik yang berkontekskan Islam.

  Wednesday Art Group
 Penglibatan guru – guru dalam pertubuhan seni di Pulau Pinang telah diakui menyemarakkan lagi kesedaran visual di utara tanah air. Dalam hal ini kuala lumpur juga tidak ketinggalan melibatkan kaum pendidik seni dan golongan yang lain bergiat di bawah satu bumbung persatuan yang dikenali sebagai Wednesday Art Group. Peter Harris selaku penyelia seni di Jabatan Pelajaran Kuala Lumpur telah bertanggungjawab menubuhkan persatuan tersebut pada tahun 1952

Penang Teachers’ Art Circle dan Wednesday Art Group yang muncul pada tahun yang sama mempunyai banyak kesamaannya. Antara lain ialah pengasasnya mendapat latihan pendidikan seni di luar negara, kebanyakan ahli – ahlinya terdiri daripada guru –guru seni serta beroperasi pada tahun yang sama, 1952. Malah hala tuju persatuan tersebut juga menggambarkan hasrat bagi membetulkan kaedah dan tatacara pembelajaran pendidikan seni di tanah air.

Sungguhpun Wednesday Art Group sebagai pertubuhan seni mula beroperasi pada tahun 1952 tetapi secara rasminya ia didaftarkan lewat di bawah Pendaftar Pertubuhan pada tahun 1956 dengan rujukan ARS/ SL & NS 113/56. Manakala tujuan pertubuhan ini mengikut Peter Harris ialah untuk mengeluarkan masyarakat yang tahu melukis, mewarna dan dapat meluahkan perasaan melalui seni. Di dalam pertubuhan ini terdapat dua konsep yang diutarakan iaitu Relax Into Art dan Express And Relax Into Art.

Penubuhan Wednesday Art Group banyak memberi sumbangan kepada perkembangan seni di Malaya sehingga ke hari ini. Antara sumbangan yang diberi ialah mempersembahkan pelbagai media baru dalam menghasilkam karya seperti gouche. Memberikan kebebasan kepada ahli – ahlinya menikmati ‘rasa keseronokan dengan seni’. Selain itu Wednesday Art Group telah memperbaiki tatacara pengajaran Pendidikan Seni di sekolah – sekolah serta merta dapat meningkatkan mutu pengajaran Pendidikan Seni di sekolah – sekolah di tanah air.

Penang Impressionist
Aliran dan gaya impresionisme yang muncul di Perancis dan tersebar di Eropah telah memberi kesan dan impak yang besar kepada penubuhan sebuah persatuan seni di Pulau Pinang. Aktiviti melukis di luar studio secara berkumpulan yang menjadi teras kepada aliran itu menjadi ikutan kepada ahli – ahli persatuan ini. di Malaya, Penang Impressionist adalah pertubuhan seni yang awal telah ditubuhkan oleh orang – orang inggeris di Pulau Pinang, malah pertubuhan seni yang pertama ditubuhkan di Malaya.

Pertubuhan ini didaftarkan di Pulalu Pinang mengikut ordinan No. 116 ( pertubuhan) seksyen 5 pada 2 ogos 1899. Ini bermakna pertubuhan ini adalah pertubuhan seni yang pertama di Malaya yang mula bergiat pada akhir abad ke – 19 lagi. Pebubuhan Penang Impressionist dikatakan telah ditubuhkan pada tahun 1920 atau 1928 tetapi tiada rekod yang menunjukkan penubuhan tersebut.

Kemunculan Penang Impressionist sebagai satu pertubuhan seni awal di Malaya pada akhir abad ke 19 yang mengadakan pameran karya seni antara tempoh Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua menandakan bermulanya satu kegiatan seni secara berkumpulan di Malaya. Ahli – ahlinya terdiri daripada suri rumah tangga pegawai – pegawai kolonial British di Pulau Pinang. Kegiatan mereka ialah merakamkan panorama kecantikan Landskap pantai dan darat di pulau tersebut.

Media
Cat Air
Bahan warna dalam karya cat air ialah pewarna dalam bentuk kek atau tiub. Ia bersifat lut sinar, lembut dan boleh dibuat legap sekiranya cat air dari tiub. Cat air akan menjadi tebal sekiranya disapu berlapis-lapis. Bahantara yang digunakan ialah air. Kertas yang digunakan ialah kertas cat air. Berus yang sesuai digunakan untuk karya cat air ialah jenis lembut dan bersaiz antara 000 hingga 14. Palet juga diperlukan untuk membancuh warna. Sebuah bekas seperti gelas atau botol yang bermulut lebar diperlukan untuk mengisi air bersih dan untuk mencuci berus.

Cat Poster
Cat poster boleh didapati dalam tiub atau botol. Ia mengandungi pengilat larut air dan bersifat legap. Bahantara yang digunakan ialah air. Berus yang digunakan untuk berkarya menggunakan cat poster ialah jenis lembut dan keras. Manakala kertas daripada jenis ‘cartridge’ yang tebal dan berpermukaan licin digunakan. Air yang bersih diperlukan untuk menghasilkan campuran warna.

Cat Tempera
Bahan warna berbentuk serbuk atau perekat dalam tiub yand=g sedia proses. Ia mengandungi bahan pengilat seperti kuning telur atau gam cecair. Untuk menghasilkan karya menggunakan cat tempera, alat dan bahan yang digunakan ialah berus jenis lembut atau keras, kertas tebal, kain kanvas atau papan. Biasanya teknik yang diaplikasikan ialah disapu mengikut lapisan yang nipis, jalur sapuan diselang-selikan supaya kesan warna rata dan licin.

Cat Minyak
Cat minyak telah diperoleh dalam bentuk tiup. Bahantara untuk menggunakan cat minyak ialah turpetine. Bahan pengilat yang boleh digunakan ialah minyak linsid, minyak poppy atau minyak kacang. Berus yang digunakan adalah jenis lembut dan keras, pisau palet, kekuda, kanvas, papan, kayu playwood dan kadbod. Teknik yang diaplikasikan ialah teknik lipasto, glazing, cat tepat atau hardedge, titik scumbling atau teknik melembut.

Teknik Catan
Teknik Basah Atas Kering
Ciri-ciri
Teknik ini melibatkan sapuan warna basah ke atas permukaan kertas yang kering untuk menghasilkan kesan legap. Teknik ini banyak digunakan kerana sesuai dengan beberapa jenis media dan agak senang dikawal sapuan warnanya. Teknik ini juga boleh menggunakan warna yang basah dan disapukan ke atas lapisan warna yang telah kering bagi mendapatkan kesan lut sinar.
Campuran Warna
Campuran warna yang hendak digunakan haruslah tidak pekat dan tidak terlalu cair. Kertas hendaklah kering. Sapuan berus yang spontan adalah digalakkan.
Cara
Warna disapu ke atas kertas lukisan yang kering. Mulakan dengan lapisan yan nipis dan ditindih berperingkat-peringkat dengan ton yang semakin gelap. Untuk mendapatkan kesan transparensi, basahkan berus dan celup ke dalam warna yang cair, sapu di atas kertas lukisan. Biarkannya kering dan ulangi aktiviti yang sama.

Teknik Basah Atas Basah
Ciri-ciri
Teknik ini melibatkan sapuan warna cair ke atas permukaan kertas yang basah. Ia menghasilkan kesan lut sinar. Teknik ini merupakan teknik yang dramatik bagi media cat air dan yang paling sukar untuk dikawal sapuannya. Pelukis harus membiarkan warna terdahulu yang masih lembap. Sapuan warna berikutnya adalah lebih tinggi kandungan air dan pewarnanya. Jika tidak, warna akan bercampur dan hasilnya nampak kotor.
Campuran warna
Campuran warna hendaklah tidak terlalu pekat atau terlalu cair. Sebaik-baiknya ia harus mempunyai nilai warna yang cukup terang. Ini kerana warna cat air akan nampak kurang cerah apabila kering. Gunakan sapuan berus yang spontan.
Cara
Kertas dibasahkan dengan satu lapisan air atau warna yang cair. Warna disapukan apabila permukaan masih basah. Jika menggunakan lakaran pensel, elakkan daripada memadam garisan kerana ini akan menimbulkan kesan berbulu. Seterusnya ia akan meninggalkan kesan kering berlegap.

Teknik Berus Kering
Ciri-ciri
Teknik yang melibatkan sapuan warna terus dari tiub ke atas permukaan kertas. Teknik ini boleh juga melibatkan sapuan warna yang pekat ke atas lapisan warna yang telah kering untuk menghasilkan kesan jalinan. Ia akan memberi kesan kering berlegap.
Campuran warna
Gunakan warna terus dari tiub atau bancuhkan warna yang dikehendaki itu dahulu dengan pekat. Kertas hendaklah kering. Sebaik-baiknya, asingkan warna yang telah dibancuh.
Cara
Gunakan berus yang kering untuk mengambil warna yang telah dibancuh. Warna disapukan dengan rata pada bahagian tertentu di atas permukaan kertas yang kering. Sapukan pada bahagian tersebut satu demi satu supaya warna pada setiap bahagian tidak bercampur. Gunakan berus yang halus bagi menandakan jalinan yang halus. Jika ingin menimbulkan kesan tindihan, biarkan warna kering dahulu. Kemudian, sapukan warna yang pekat ke atas lapisan warna yang telah kering.

Teknik Kecatan
Ciri-ciri
Teknik ini melibatkan sapuan warna terus dari tiub. Kertas sentiasa basah sehingga catan selesai dibuat. Catan jenis ini memberi kesan jalinan dan kekasaran. Melalui teknik ini, catan kelihatan bebas, semula jadi dan spontan.
Campuran warna
Warna yang pekat dari tiub digunakan. Sapuan warna terus dari tiub atas kertas. Jika hendak menggunakan air, hanya gunakan sedikit sahaja.
Cara
Ambil warna terus dari tiub dan sapukan pada permukaan kertas lukisan. Campuran warna yang kedua ditindihkan di atas warna yang pertama tanpa menunggu warna itu kering. Kertas sentiasa basah sehingga catan selesai dibuat.

Teknik Gurisan
Penggunaan teknik gurisan pada catan artcard menimbulkan kesan yang menarik dan mewujudkan corak tertentu pada permukaannya. Penggunaan minyak masak, minyak linsid, minyak poppy atau minyak kacang, turpetine, aresol, super gloss lacquer, holografik dust serta gold foil glazes sebahagian bahantara utama campuran warna menimbulkan kesan yang menarik pada subjek kajian. Dalam teknik ini, untuk mendapatkan kesan sesuatu gambaran maka cat harus digosok, distensilkan, dipercikan serta diguris sehingga meninggalkan kesan tertentu pada permukaan artcard. Penyelidik menggunakan kaedah negatif kepada positif bagi mendapat kesan yang menarik pada permukaannya. Penggunaan bahan-bahan kimia lain juga turut digunakan bagi melihat tindakbalas serta kesan jalinan yang wujud pada permukaan kertas tersebut. Hasil dari penemuan kajian ini, ianya menimbulkan kesedaran bahawa terdapat bahan-bahan lain serta kepelbagaian teknik boleh digunakan bagi mewujudkan bentuk-bentuk karya catan seni rupa yang baru pada masa akan datang.
Teknik Scambling
Scambling  merupakan penggunaan berus yg terkawal serta secara lembut penggunaan pada satu lapisan nipis di atas warna latar. Ia menimbulkan kesan lutsinar pada warna latar. Teknik ini diguna untuk mendapatkan kesan tekstur  yang halus pada suatu latar permandangan.


Teknik Pointilisme
Titik (Pointilisme) dihasilkan dengan menggunakan berus dengan sapuan cara menegak dan bersistematik di atas kertas artcard. Penggunaan berus cat yang keras di hujungnya dan kawalan campuran minyak  dan cat sangat penting bagi mendapat kesan latar yang sesuai dan menarik.

Teknik impasto                                                        
Teknik Impasto merupakan teknik ini menggunakan warna terus daripada tiub dan disapu dgnpisau palet. Biasanya hasil catan ini mempunyai warna yang tebal dan legap. Namun penggunaan minyak pada permukaan kertas dapat menimbulkan jalinan-jalin yang menarik terutama kesan batu dan juga pergerakan air.

Teknik Alla Prima
Teknik ini dilakukan dengan menyapu cat minyak hanya sekali iaitu terus dari tiub dan melukis. Banyak tempelan cat perlu disapu hingga warna yg dikehendaki diperolehi.

Renjisan dan percikan     
Teknik yang menggunakan berus, semburan atau berus gigi yang melibatkan renjisan dan percikan secara sengaja menggunakan warna cair, cat atau cairan yang dapat meninggalkan kesan ke atas permukaan sesuatu bahan seperti kertas dan kain.

Teknik Hard - edge
Teknik ini melibatkan proses memisahkan warna menggunakan masking tape bagi menghasilkan kesan sudut tepat dan garis lurus.

Contoh-contoh Catan



Aliran dan Gaya Catan Barat

Aliran Realisme.
Pada era realisme, Setiap karya yang dihasilkan memerlukan fokus dan kreativiti yang tinggi bagi menghasilkan sebuah karya yang bermutu tinggi dan mempunyai nilai estetiknya yang tersendiri.Setiap karya yang dihasilkan membawa maksud sebuah seni yang serius dan mendalam.Ini bermaksud setiap karya pelukis ketika itu dihasilkan dengan mempunyai agenda yang tersendiri dan bukan dihasilkan semata-mata untuk hiburan atau untuk satu produk yang boleh dinilaikan dengan wang. Pada masa itu diselitkan dengan mesej perjuangan dan keinsafan,lukisan pada masa itu menjadi medium untuk menyampaikan mesej dan propaganda pelukis pada masyarakat umum pada masa itu

Kiubisme
Menolak tradisi catan yang mementingkan objek realiti. Menganggap seni sebagai satu konsep kearah penciptaan dan menolak peniruan. Cuba menyelesaikan permasalahan 3 dimensi dalam ruang 2 dimensi. Penggunaan bentuk-bentuk dan satah geometri. Seperti pecahan kaca dan menimbulkan kesan lutsinar. Warna yang bertenaga.

Ekspressinisme
Menolak cirri-ciri tradisi klasik. Seni adalah manifestasi perasaan dan keresahan emosi pelukis. Menyingkir subjek dan objek serta menolak peniruan alam. Penggunaan warna yang terang bagi menyampai mesej. Penggunaan warna yang
dramatik. Kadang kala tidak ada imej yang jelas dan bersifat organik. Kesan berus yang kasar, kadang kala tidak menggunakan berus.

Impressionisme
Menumpukan kaedah konsep cahaya dan kesan objek yang dilihat. Warna tidak dicampur dengan warna hitam dan putih dan terus dipalit pada kanvas. Warna bertindih-tindih. Tidak melukis secara detail. Mementingkan keserasian warna/cahaya serta watak-watak alam. Mengutamakan suasana yang dilihat misalnyapagi, petang, malam. Aliran ini condong kepada aliran naturalisme. Palitan warna spontantentang apa yang dilukis.

Pos-Impressionis
Mencipta bentuk bukan meniru. Seni adalah kejelasan logik bukan tentang struktur. Karya seni bukan sains tulen tetapi seni. Berlandaskan hukum pembalikan cahaya tetapi harus memberi ruang penyataan diri

Seni Baraque dan Rococo
 Zaman ini juga dikenali sebagai zaman Renaissance Tinggi. Baroque membawa maksud mutiara yang tidak sempurna tetapi indah. Karya menumpukan kepada komposisi, aksi, warna dan cahaya. Latar belakang karya berwarna gelap. Karya tertumpu kepada objek.

Pos-Ekspressionisme
Menumpukan kepada percubaan dan penerokaan pelukis terhadap media dan bahan. Ciri-ciri lain sama dengan aliran ekspressionisme.

Futurisme
Mengemukakan aliran seni yang berdasarkan teknologi. Dinamik. Pergerakan yang dinamik.

Surealisme
Tumpuan bukan kepada ekspresi sedar pelukis tetapi kepada ekspresi bawah sedar minda pelukis. Imej bawah sedar dan alam khayalan. Menyeramkan, sunyi dan tidak logik. Warna-warna gelap digunakan untuk menimbulkan kesan misteri. Objek diletakkan pada tempat-tempat yang tidak sesuai dan dicantum-cantumkan.

Dadaisme
Kumpulan perantaran antar aliran futurisme dengan surealisme. Konsep tanpa kongkongan. Tidak menitikberatkan tradisi penghasilan seni semata-mata. Seni adalah medium untuk melepaskan perasaan. Berpegang kepada konsep ‘kemusnahan juga merupakan penciptaan’.

Seni Pop
Berasaskan kepada persekitaran dan kebudayaan popular yang mempengaruhi  kotaraya New York dan London. Tema, teknik, imej dan metos bersifat semasa dan populariti. Lebih mirip kepada karya pengiklanan dan pengguna. Pelukis seni pop terkenal juga dengan panggilan New Realist. Ciri-ciri yang penting dalam karya Pop ialah ialah warna yang terang pada permukaan yang berbidang besar. Konsep New Realist merupakan kebangkitan kehidupan moden yang mirip kepada kesesuaian zaman sains dan teknologi.






No comments:

Post a Comment