Saturday 4 February 2012

Bidang 2 : Membuat Corak & Rekaan

Bidang kegiatan ini memberi peluang kepada murid memahami pelbagai cara untuk menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi suatu rekaan lain. 

Corak dan rekaan tersebut boleh juga dipadankan kepada mana-mana hasil daripada bidang kegiatan lain seperti binaan, kraf dan sebagainya. Corak terhasil daripada pelbagai teknik dan cara. 

Bidang ini terbahagi kepada 2 jenis corak :
  • Corak Terancang
  1. Capan
  2. Catan
  3. Cetakan
  4. Kaligrafi
  5. Kolaj
  6. Lipatan & Guntingan
  7. Lukisan
  8. Resis
  9. Seni Grafik Komputer


    Bidang ini membolehkan murid mengenali dan mengkaji pelbagai corak dalam alam dan kehidupan seharian. Bahagian ini menegaskan kegiatan mengenal motif dan olahannya untuk menghasilkan rekaan corak tertentu. 


    Kegiatan ini memberi peluang kepada murid membuat rekaan corak tidak terancang, corak terancang dan juga corak tradisional dengan teknik tertentu. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. 

     Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pergerakan, peragaan dan lakonan.

    No comments:

    Post a Comment