Saturday 4 February 2012

Bidang 1 : Teknik Lukisan

Apa itu Lukisan?
Merupakan salah satu cara menggunakan garisan bagi mewujudkan sesuatu maksud.
Ia juga merupakan salah satu cara untuk berkomunikasi.


DEFINISI
  • Merujuk kamus The Oxford,lukisan diistilahkan sebagai : ‘The art of representing by line,delineation without colour or with a single colour’,Bermaksud,lukisan ialah garisan yang membentuk imej dengan tidak menggunakan warna atau warna yang minima.Lukisan merupakan kerja-kerja peringkat awal untuk menghasilkan catan,cetakan,arca dan sebagainya.


PENGHAYATAN KARYA LUKISAN PELUKIS AGUNG
  • Pelukis-pelukis agung melukis lukisan bertujuan sebagai lakaran awal untuk menghasilkan catan, cetakan dan sebagainya.



SEJARAH LUKISAN
  • Lukisan awal manusia ditemui sejak zaman batu.Manusia purba melukis di dinding-dinding gua.
  • Kebanyakan lukisan yang dijumpai di dinding menunjukkan kehidupan pada zaman itu, misalnya kisah memburu dan pengembaraan.
  • Di Perancis, lukisan purba terdapat di gua Lascaux.
  • Di Malaysia, lukisan pada dinding gua terdapat di Gua Niah,Sarawak dan Gua Tambun,Perak.
  • Perkembangan lukisan di Eropah selari dengan perkembangan karya catannya.
  • Pelukis-pelukis pada zaman tersebut melukis dengan tujuan untuk membuat lakaran bagi menghasilkan cetakan dan catan.
  • Zaman keemasan iaitu zaman Renaissance telah memberi rangsangan kuat kepada pelukis-pelukis di Itali melukis dengan menggunakan pelbagai bahan dan teknik.
  • Di Eropah perkembangan revolusi telah mengembangkan seni lukisan reka bentuk.Perkembangan dalam bidang matematik memperlihatkan pelukis mula menggunakan nisbah keemasan sebagai rujukan untuk melukis.
  • Pelukis Albrecht Durer dan Leonerdo Da Vinci mula memperkenalkan skala dalam lukisan figura.
  • Pada kurun ke-20,pelukis mula mempelbagaikan teknik dan bahan sebagai sumber idea untuk melukis.Pada masa itu,wujud aliran-aliran baru yang mencetuskan idea-idea yang lebih menarik.
  • Sebagai contoh Claude Monet pelukis Perancis telah memperkenalkan gaya Impresionis dengan calitan yang bersahaja.    

PERBEZAAN LUKISAN DAN CATAN
LUKISAN
  • Lakaran awal cepat dan ringkas.
  • Untuk mendapat idea gubahan
  • Menekankan aspek pencahayaan dan ton.
  • Menentukan perspektif yang betul.
  • Gunakan media kering
  • Penggunaan teknik seperti cross hatching dan sebagainya.

CATAN
  • Perancangan yanng lebih kompleks
  • Menggunakan bahan pewarna untuk kerja-kerja komprehensif
  • Tidak mempunyai disiplin tertentu, hanya menekankan teknik dan bahan.
  • Media basah
  • Penggunaan teknik basah atas basah dan sebagainya

ASAS-ASAS SEBELUM MELUKIS
  • Mengetahui perspektif
  • Pemahaman mengenai perspektif adalah penting sebagai persediaan sebelum melukis.
  • objek yang dilukis akan kelihatan seimbang dan menarik apabila penekanan perspektif dititikberatkan.
  • Kedudukan pelukis juga akan menentukan objek yang dilukis.Perspektifnya akan berbeza apabila dilihat dalam kedudukan yang berbeza.

Kaedah-kaedah Melukis
a) Kaedah Tetingkap
b) Kaedah TenangKaedah Grid
d) Kaedah Pemerhatian
e) Kaedah Peniruan/ Tekap

Kaedah Grid
  • Tujuan grid digunakan adalh untuk membesarkan saiz sesuatu gambar atau imej tertentu melalui kaedah peniruan.
  • Melalui grid, kita dapat memastikan bahawa porpotion lukisan kita menepati dan sama seperti yang asal.
  • Gambar asal 1 cm darab 1 cm, yang dilukis 10cm darab 10 cm.
JENIS-JENIS PERSPEKTIF
  • Perspektif satu titik lenyap
  • Perspektif dua titik lenyap
  • Persepktif tiga titik lenyap
Teknik-teknik Melukis
  • Hatching
  • cross hatching
  • titik-titik
  • gosokan
  • berombak
  • goresan
  • kontur
  • campuran
  • conteng

Contoh-contoh Lukisan



Bunga Matahari

Ayam 

                                                     






















No comments:

Post a Comment