Monday 7 May 2012

Aliran Barat Ekpressionisme

Ekpressionisme

  • Ekpresionisme adalah kekerapan seseorang pelukis untuk mengubah bentuk reality untuk kesan emosi. Ia adalah satu bentuk seni yang subjektif.Ekpressionisme juga boleh dilihat sebagai kekerapan yang kekal di dalam seni Germaic dan Nordic daripada zaman pertengahan Eropah, terutamanya pada masa perubahan sosial atau ketika krisis spiritual.
  • Menurut Ovrik (1994), ekpressionisme adalah satu bentuk luahan perasaan dan ketidakpuasan hati seseorang pelukis itu dan kemudiannya perasaan itu diterjemahkan dalam bentuk visual untuk dikongsi bersama-sama dengan masyarakat.
  • Tidak seperti impressionisme tujuan ekpressionisme adalah bukan  untuk menghasilkan impresi dunia sekeliling tetapi pandangan pelukis terhadap dunia sebenar.
  • Ahli falsafah Friedrich Nietzsche memainkan peranan penting dalam ekpressionisme moden.
  • Ciri-ciri asas ekpressionisme adalah Dionysian : warna gelap, dua dimensi dan tanpa perspektif.
  • Ekpressionisme diluahkan dengan pelbagai bentuk seperti catan, sastera, teater, filem, dan music.
  • Pelukis aliran ekpressionisme mempunyai banyak pengaruh antaranya Munch, Vincent van Gogh dan seni afrika (African art)
Pada era ini pelukis menghasilkan karya dengan meluahkan perasaan yang terdapat      

dalam diri mereka.Mereka juga berkaya mewakili luahan perasaan masyarakat tentng

ketidakpuasan hati,rasuah, penindasan, kemiskinan dan kegansan.Era ini bermula dan 

berkembang secara aktif di Jerman.

Pelukis aliran ini terbahagi kepada 2 kumpulan:



The Bridge (die Brucke)
1. The Bridge bermula di Dresden dan kemudiannya dipindahkan ke Berlin Kumpulan pelukis The Bridge ini adalah kumpulan pelukis yang menjadi jabatan penyambung di antara pelukis
angkatan veteran Jerman dan pelukis angkatan muda Jerman yang memperjuangkan karya-karya yang menyatakn ketidakpuasan hati masyarakt setempat.

2. Pelukis dari kumpulan ini menghasilkan karya dengan mengenepikan dan menidakkan
peraturan akademik.Mereka percaya dengan berkarya secara demikian mereka telah berjaya
menghasilkan satu gaya dan aliran yang baru.Antara pelukis terkenal dari kumpulan ini adalah
Ernst Ludwig Kirchner dan karya nya yang terkenal adalah Street Berlin

3. Dalam catan ini Kirchner menggunakan susunan figura secara menegak dan berulang-ulang
serta bertindih di antara satu sama lain.Beliau menggunakan warna gelap bagi
menggambarkan suasana yang suram dan sedih.Penggunaan sapuan berus yng kasar juga
digunakan bagi menunjukkan masyarakat pinggir bandar yang mewah dan berkuasa.

   Street Berlin (1913)




The Blue Rider (der blaue Rider)
        1.  The Blue Rider bermula di Munich.Dipimpin oleh Wassily Kandisky.Seorang pelukisberbangsa Rusia dan kemudian berpindah dan terus menetap da Munich, Jerman.Falsafah dan pegangan kumpulan ini adalah menyedarkan masyarakat terhadap nilai-nilai yang murni dan mesej yang baik pada hasil seni.Beliau percaya bahawa seni itu merupakan replika perasaan dalaman seseorang
2. Catannya yang bertajuk “Blue Mountain” yang dihasilkn pada tahun 1908-1909 masih
kuat dipengaruhi oleh catan dari  era Fauves.Walaupun imej yang digunakan oleh 
Kandisky telah diubah suai sedemikian rupa tetapi dia masih lagi mengekalkan  rupa 
asal pada imej tersebut.

3. Pada tahun 1910 Kandisky telah menukar gaya penghasilan catannya daripada catan
yang subjek dan imejnya boleh kita kenali kepada catan yang menggunakan unsur-unsur
simbolik (nonreprentational) bagi menggantikan imej dan subjek.Contohnya dalam catan
yang berjudul “With The Black Arch No : 154”

4. Catan ini adalah merupakan gambaran beliau tentang perasaan dan juga penonton
pada pentas kehidupan.Ia juga merupakan gabungn antara bentuk dan kombinasi
penggunaan warna (form and combination of colours).Beliau menggunakn kombinasi
warna panas dan warna sejuk bagi mewujudkan satu komposisi yang menarik.

5. Catan ini juga merupakan di antara catan awal yang mula mengaplikasikan gaya
abstrak.Di samping nilai esyeyik yang tinggi, catan ini juga merupakan satu pengayaan
baru dalam penghasiln catan.Beliau juga merupakan seorang pelukis yang sangat
berpengaruh pada era ini.Malahan beliau juga dikenali sebaga orang pertama
menggunakan pendekatannonrepretationaldan jugapure abstraction

The Blue Mountain (1908/09)

          

Karya-karya lain Wassily Kandisky
                             On White ii (1923)

                               In Grey (1919)
Selain daripada Wassily Kandisky dan Ernst Ludwig Kirchner terdapat juga tokoh
ekpressionisme lain yang terkenal.Antaranya ialah Max Beckmann, Otto Dix, Lionel
Feininger,August Macke, Emil Nolde dan tokoh-tokoh lain.

                         August MackePromenade (1913)






















No comments:

Post a Comment